FAKTA MENARIK DAN TERTARIK :
- Acara ini dicadangkan oleh Cik Athiroh dan mendapat respond yang baek dari semua pihak.
- Acara ini diuruskan oleh Kak Su dan Kak Ani. Merekalah yg contact Cafe tersebut dan membuat reservation.
- Vanue ini dicadangkan oleh En Mir Harris yang x diketahui sebabnye kenapa x join acara ini.
- Bayaran sebanyak RM 15.00 dikenakan bagi setiap kepala.
- Kak Ani bertindak sebagai Ah Long mengutip duit daripada mereka-mereka yang mengambil bahagian.
- Antara jabatan yang terlibat ialah FAMA Negeri Perak, Pejabat TEMAN dan KBS, Ipoh.
- Antara mereka-mereka yang terlibat dalam acara ini ialah Encik Farid dan isteri, Kak Ina, Encik Fadli (a.k.a KAMPONG), bos kedua di KBS, En Din, Rohizam (tak kasi panggil Encik Zam..mcm org tua katanye), Ajies, Meor Raziman, Epoy, Saudara Firman (pantang nampak muke aku gerenti tanye pasal kucing) dan lain-lain lagi.
- Apabila disoal "Wanie, kau join x acara berbuka malam ni?" Maka saya pown menjawab.. "X join ar.. Hj x kasi." Padahal, aku awal-awal lagi da bayar duit kat Ah Long Mariani..=)
- Saya dan Athirah sampai di lokasi tepat-tepat azan Maghrib berkumandang di corong-corong masjid dan juga radio menandakan waktunye untuk BREAK THE FAST. (Athiroh la dtg ruma aku lambat..nanges ketiak aku tunggu dia.)
- Sesampainya aku di Qayyum Cafe, aku diajukan dengan pelbagai soalan. Antaranya... "Asal korang datang lambat ni haa?", "Eh, camne Hj kasi lepas ni haa?", "Oh, ko tipu aku eh.. dosa tau..rugi ko pose td!" dan bermacam-macam lagi.
- Saya duduk diantara Mr. Romeor Raziman dan En.Fadly Bin Abdul Rahman...(mcm pena dgr je name bapak die ni...eeemmm..)
- Disebelah kananEn. Farid adalah Athiroh. Dan di sebelah kirinya pula adalah isteri tercinta, Kak Ina.
- Pelbagai lauk yang dihidangkan. Antaranya ialah IKAN SIAKAP 3 RASA, KAILAN IKAN MASIN, SUP TULANG, SOTONG MASAK...ape yer..aku pn xtau..hahahaha.. dan banyak lagi. Terdapat juga 3 jenis kuih tradisional yang disajikan sebagai dessert iaitu : KUIH LAPIS, KUIH LIMAS dan KUIH SAGU MERAH.
- Fadly menghabiskan 2 MANGKUK SUP TULANG yang masin berdengung! Da nak balik baru die perasan sup tu masin! Ish3....
- 2 kali aku memalukan diri sendiri malam tu ye tuan2 dan puan2.. Peristiwa pertama : aku marah Ajiez dengan suara yang agak lantang kerana x ready lagi ble die snap gambar. Peristiwa kedua : aku melatah dengan kuat sebab terkejut ade akak nak salam aku coz die nak balik da... hahahahahaha.. malu!
- Akibat dari 2 peristiwa ini, gegendang telinga Fadly hampir pecah! Hahahahahaha..padan muka kau kampong!
- Setelah semua selesai makan, Kak Su dah join Kak Ani jadi Ah Long arr. Kak Su kutip duit dari sape2 yang belum bayar Rm 15 untuk membuat pembayaran pada tokey kedai.
- Ble nasik dalam pinggan da hadis, kaum lelaki mula la. Melepaskan gian di jiwa. Maklum la.. sehari suntuk x dapat. ROKOK ok!!!
- Da kenyang ape lagi.. x reti2 nak berambus! Hahahahahaha..
- Aku dan Athiroh meneruskan perjalanan ke Greentown Mall untuk mencari baju raya yang berkenan di hati. Malangnye, TIADA!
.....Dibawah merupakan sebahagian daripada gambar yang sempat dirakamkan.....




0 comments:
Post a Comment